Monday, 1 October 2012
Pelik
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca ruangan blog saya ini. Semoga sihat hendaknya. Tajuk yang saya pilih untuk kali ini ialah 'Pelik'. Mungkin anda semua juga berasa pelik apabila mendengar tajuk yang saya pilih pada kali ini. Pada hari Ahad yang lepas, saya dan kawan rapat saya telah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk membeli External Hard Disk. Anda semua tahukan apa itu External Hard Disk? Ya, satu alat yang boleh menyimpan data dalam kuantiti yang besar. Jadi saya pun membeli satu External Hard Disk jenama Toshiba seperti dalam gambar di bawah.
Alhamdulillah, dapat juga seperti yang saya impikan. Baiklah, berbalik semula kepada tajuk untuk kali ini, iaitu 'Pelik'. Ceritanya begini, saya membeli external ini dari seorang pekerja di kedai menjual gajet. Pekerja ini berbangsa asing tetapi bukanlah pendatang tanpa izin, sebaliknya masih warganegara Malaysia cuma bukan berbangsa Melayu. Kedai beliau ini terletak di pasaraya yang sememangnya terkenal dengan penjualan gajet di Kuala Lumpur. Ketika pertama kali saya sampai di kedainya, beliau sememangnya memberikan layanan yang istimewa kepada saya. Setiap apa yang saya soal pasti dijawabnya beserta dengan senyuman manis di pipi sebagai pelaris agaknya.
Dari segi penggunaan bahasa Melayunya pula, saya kira boleh pada tahap yang membanggakan dengan statusnya sebagai bangsa asing itu. Kiranya, komunikasi antara kami terjalin dengan sangat mesra walaupun baru pertama kali berjumpa. Dipendekkan cerita, saya pun membeli external yang saya inginkan dan beliau pula mendapat ganjaran yang beliau inginkan.
Selang beberapa minit kemudian, hanya dipisahkan dengan satu tingkat bangunan sahaja. Tiba-tiba, teringat bahawa saya terlupa membeli sarung untuk menyimpan external ini. Saya pun kembali semula ke kedai tersebut dengan mood yang ceria seperti saat meninggalkannya sebentar tadi. Sampai saja di kedai tersebut, saya pun berasa pelik, mana perginya keramahan dan kemesraan yang saya terima sebentar tadi. Sebaliknya, hanya layanan yang teruk diterima. Apabila tanya ada atau tidak menjual sarung untuk external ini? Jawapan yang diterima, TAK TAHU. Saya pun beritahu yang baru sebentar tadi saya membeli external tersebut di kedainya. Pelik lagi rasa di hati apabila beliau buat muka seperti tidak mengenali langsung. Bukannya saya hendak minta percuma tetapi saya mahu membeli sarung tersebut. PELIK... PELIK... Ada juga bangsa seperti ini.
Seterusnya, saya pun pergilah ke kedai yang lain. Sekali lagi disambut dengan bangsa yang sama juga tetapi layanannya sememangnya hebat seperti di kedai bangsa yang pertama sebentar tadi juga gayanya. Seronok, cakap sahaja hendak yang mana, siap beliau yang sarungkan lagi. Kita cuma tunjuk sahaja mana yang kita mahu. PELIK... PELIK.. Memang pelik, mungkin jugalah sudah menjadi sifat bangsa seperti ini agaknya, hanya berpura-pura apabila ingin menarik minat pelanggannya. Namun biarkan sajalah, semoga bangsa sedarah dengan saya tidak mempunyai sikap dan sifat seperti bangsa ini.
Saya kira cukup dahulu coretan untuk kali ini, semoga pengajaran yang saya kongsikan ini dapat menjadi panduan berguna kepada pembaca sekalian. Perkara yang lebih penting, dari apa yang saya lihat bangsa Melayu kita sememangnya masih yang terbaik di dunia berbanding bangsa-bangsa yang lain tidak kira dari apa segi sekali pun. Sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment