Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan buat pembaca ruangan blog sekalian. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat hendaknya. Dalam beberapa jam yang lepas, pasti ramai peminat bola sepak telah menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 di antara pasukan Kelantan bertemu pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Alhamdulillah, ternyata rezeki berpihak kepada pasukan Kelantan apabila berjaya menewaskan pasukan ATM dengan keputusan 3-2. Sebagai seorang peminat sukan bola sepak, boleh saya nyatakan di sini ucapan bangga saya melihat kehadiran puluhan ribu peminat antara kedua-dua pasukan. Ternyata sukan bola sepak di Malaysia masih mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Saya kira cukup dahulu serba sedikit ulasan tentang perlawanan tersebut. Namun, apa yang hendak saya bicarakan dalam ruangan penulisan blog pada kali ini ialah berkaitan dengan ejaan nama pada jersi beberapa pemain. Dalam asyik melihat perlawanan tersebut, saya ada terpandang beberapa orang pemain menggunakan ejaan bahasa Inggeris pada jersi mereka. Peliknya, apa rasional pemain-pemain ini mencetak nama mereka dalam ejaan sebegitu. Jika hendak dikatakan untuk meringkaskan nama pada jersi tersebut, saya kira sama sahaja bilangan huruf nama tersebut dalam bahasa Inggeris dengan bilangan huruf ejaan nama yang asal. Kalau hendak bercakap dari konteks fonologi pula, saya kira tiada masalah untuk kita membunyikan ejaan nama tersebut kerana bahasa Melayu juga mempunyai caranya yang tersendiri. Saya tidak menujukan kritikan ini kepada siapa-siapa, cuma antara contoh nama yang jelas saya boleh senaraikan di sini seperti Zaq-One (Zaquan), Hairuddin Omar (Hai-O), Are-meer (Amer) dan sebagainya.
Saya tidak mengatakan pemain ini salah, cuma saya berasa hairan mengapa ejaan nama tersebut perlu dicetak sebegitu. Pada pendapat saya, nama yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa kita ini sudah mempunyai maksudnya yang baik. Oleh itu, bermegahlah dengan ejaan dan maksud yang telah dipilih itu. Tidak perlu lagi kita menukarkan ejaannya hanya untuk dipandang hebat oleh manusia lain. Sekian..
No comments:
Post a Comment